Friday 14 September 2012

Kronologi aku bersama eCosway

Hai... kalau citer pasal MLM ni, ramai jugak yang tak berapa gemar... masa tu.. pelbagai citer pengalaman-pengalaman buruk yang diceritakan  berdasarkan pengalaman masing-masing..macam aku jugak le pada suatu ketika dulu.. aku ni memang tak pernah joint mana-mana MLM secara aktif  sebelum ni. aku jugak adalah pengalaman buruk mengenai MLM ni.

Ketika tu aku baru je masuk alam pekerjaan.. jadi bila ada kakak sebelah rumah ajak aku gi ke satu taklimat MLM ni, aku ikut je. Sanggup tinggalkan anak, suami jaga kat umah semata- mata nak dengan taklimat  group yang berjaya dalam MLM ni.. MLM ni memang terkenal dengan produk perhiasan emas tiruan wanita.

Hasil dari taklimat tu, aku memang berkobar- kobar nak buat sebab tengok semua front leader tu memang mewah gila-gila la. sehingga aku sanggup jual gelang emas 916 aku untukditukarkan kepada nilai set permulaan agen. masa tu dapatla tukaran dgn nilai 1800.00 bodoh betul aku masa tu. bila di fikir semula.. memang tu la tindakan yang paling bodoh yang pernah aku buat. dipendekkan cerita.. aku gagal dalam pelaburan aku dalam MLM ni. Memang bukan life aku utk jadi penjual stail tu. semua custermer aku ketika tu terdiri drpd keluarga, jadi ramai lah berhutang je. dan sampai sekarang, dah 11 tahun perkara ni berlalu masih ada lagi yang x abis bayar. jawapannye.. halalkan aje... ha.. nila pengalaman buruk aku dalam MLM yang pertama aku ceburi.
Sejak dari perkara ni berlaku maka, aku sangatlah alergik dgn mana-mana MLM, termasuklah husband aku. 

Pada tahun 2010, aku pernah dipelawa oleh rakan sejawat aku, untuk joint ecosway. masa tu, ecosway dengan skim untuk stokis ecosway biasa. tak sempat pun aku g taklimat skim ni.. husband aku dah tentang sehebatnya.. sebab taatkan suami (hihihi) aku ikut je la.. nanti suami tak redha lagi tak berjayakan...

Pada Bulan April 2012. tetiba terbuka topik perbualan dengan kawan-kawan mengenai " bila nak jadi kaya". Masa tu aku adalah duit sikit. tapi tak tau mcm mana nak jadikan ia berganda-ganda.  Terlintas dalam pemikiran aku nak joint ecosway seperti yang aku dgr ramai yang dah berjaya. cuma masa tu aku tak tau siapa yang boleh bimbing ke arah kejayaan tu. Tak sangka plak... persoalan tu di sambut baik oleh seorang rakan aku. Mr.ajak. Rupanya mr. ajak ni dah pun gi taklimat tu. dan die bagitau ecosway ada skim baru. iaitu cosway farmasi. waoo.. macam orang mengantuk dihulurkan bantal. Maka bermulalah disitu langkah pertama pengenalan aku dengan dunia cosway. memang tepat pada masanya. start dari situ, aku dan mr.ajak bersama-sama daftar menjadi bussines owner (B.O) ecosway pada bln 6. sebab die yang kenalkan aku dengan dunia cosway ni.. maka aku redha lah die upline aku.. hihi.

Walau pun kami rakan sepejabat. kami tetap rahsiakan pakatan niaga kami ni diketahui oleh rakan pejabat lain. Apa yang aku rasa seronok sebab aku dan mr.ajak dan seorang lagi downline die ni mr.am... memang bersatu bergerak bersama-sama mengembangkan sayap perniagaan kami tanpa rasa strees.. selama 2 bulan kami berhempas-pulas mengejar apa yang disasarkan.. iaitu dalam tempoh 4-6 bulan dari tarikh daftar B.O dapat kedai masing-masing.

Alhamdulillah.. selepas menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan di centre putrajaya bawah pimpinan Pn. Faizati , kami memang bersungguh-sungguh membuat seperti yang telah diajar kepada kami. Kata orang kalau nak berjaya,  bergaullah dengan orang berjaya, dan ikut saranan orang berjaya. itu kata-kata semangat yang aku pegang. Petua untuk MLM pula, cari lah leader yang betul dan yang mudah membantu sekiranya downline ada masalah.   jadi begitu la, kisah aku bagaimana aku mengenali ecosway. jumpa next  topic... tatat tiiti tututu

8 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy join bln 4 smp sekarang masih x dpt tarikh interview...dah nak masuk thn depan...

      Delete
  2. Mus Taqimah, agen tmpt anda daftar tu kat mana yer?

    ReplyDelete
  3. Sy join sbg BO 2010 dan gagal membuat network. Nak dapat kedai kena bnyk network. Skrang sy dah berhenti.

    Join another company..Alhamdulillah baru 4 bulan dah dpt 5 angka. Company yg kukuh , product brkualiti dengan marketing plan yg terbaik.

    ReplyDelete
  4. Miss farah info please..0169008567

    ReplyDelete
  5. Miss Farah info saya juga ya. Sedang survey nak buka bisnes. 0133584614

    ReplyDelete
  6. Miss Farah.. Teringin nk ada bisnes sendiri jg.. Info plz.. 01119696533

    ReplyDelete
  7. Miss Farah.. Teringin nk ada bisnes sendiri jg.. Info plz.. 01119696533

    ReplyDelete