Sunday 16 September 2012

Bermula langkah pertamaku dalam ecosway

Hai... bertemu lagi. dalam topic ni aku nak citer bagaimana life aku selepas menyertai cosway. Ingat x target aku?? dapat buka kedai dalam tempoh 4-6 bulan selapas joint jadi B.O... memang bukan mudah nak jadi senang.

Oh ya.. aku x citer lagi berapa bayaran keahliankan. untuk menjadi B.O (bussines owner) pendaftaran RM 100.00 je. Tapi dalam tempoh sebulan aku kena beli 1000 ev. ev tu kira point belian lah... kalau 1000 ev tu paling minimun harganya RM 5000. kirakan ok jugak lakan... byr 5000 dapat barang, bukan bayaran yuran 5000. yuran cuma 100 je.  Jadi, aku memang nekad untuk menceburkan diri aku dalam cosway. bagi aku kalau  kak zati boleh aku mesti boleh. x de bezanya..

Tapi korang semua kena ingat satu perkara, cosway ni bukan skim cepat kaya ye... bayar 5000 tunggu hasil, cukup 4-6 bulan terus dapat kedai bernilai cecah 800k. Cosway mencari calon pengusaha kedai yang berkomitmen dan yang penting dapat memberi keuntungan kepada syarikat. Saper yang x nak jadi tauke kedai yang mewahkan...mudahkan citer, cosway bagi subsidi le kepada mereka yang layak untuk menjadi pemilik kedai yang bernilai hampir 1 juta tu..

Konsep MLM dikekalkan untuk memastikan upline lebih bertanggungjawab kepada downline. jadi tiadalah masalah perebutan keuntungan.  masing-masing akan dapat bahagian masing-masing. apa yang aku suka dalam cosway ni... tiada pangkat ditawarkan/ diperkenalkan... semua sama range je.. dari yang baru daftar mahupun yang sudah berjaya membuka 20 kedai... xde lah seperti MLM lain, Lagi besar pangkat die, lagi tinggi percentnya..Ada apa dengan pangkat.. ye x??

Centre aku kat Putrajaya ni, mengajar aku macam mana nak menapak dalam dunia cosway ni.. fuhhh susah jugak le... Bila kita tlh diberi penerangan yang jelas. senang la kita nak bergerak sendiri... pada aku, x boleh la nak bergantung sgt pada upline.. ajar sekali dua ok lah... pastu aku gerak sendiri dgn mr.ajak dan mr.am..

step pertama.. buat jaringan sendiri.. Kata MLM.. memang le buat jaringan kan... bagaimana nak cari orang joint tu masalahnye... tapi group kami ada lah rahsianye... nak tau cara kami??? jadi ahli bawah saya dulu.. baru boleh bagitau ye.. hahahha..

Berkat doa.. dan berkat ikut cara upline yang berjaya..alhamdulillah ... dalam seminggu aku joint aku dah dapat 2 orang yang bberminat nak sama-sama buka  kedai.. bila first time, peneranagn kita dapat sambutan positif daripada org.. memang naik seronok jugak la... ok la tu sebulan dapat 2 downline...

pendapatan bulan pertama pun memeranjatkan aku jugak le.. RM 2200.. saper nak bagi kan... hihi kira boleh balik modal ni..dan begitulah aku selama 2 bulan lebih... mencari pelanggan yang nak buka kedai macam yang aku impikan.. 

ok la... cukup kot topik ni kali ni.. nanti aku sambung next topik.. bagaimana aku teruskan urusan aku dgn semangat aku yg down tiba-tiba... huhu.. bye..tatata titi tutu

Friday 14 September 2012

Kronologi aku bersama eCosway

Hai... kalau citer pasal MLM ni, ramai jugak yang tak berapa gemar... masa tu.. pelbagai citer pengalaman-pengalaman buruk yang diceritakan  berdasarkan pengalaman masing-masing..macam aku jugak le pada suatu ketika dulu.. aku ni memang tak pernah joint mana-mana MLM secara aktif  sebelum ni. aku jugak adalah pengalaman buruk mengenai MLM ni.

Ketika tu aku baru je masuk alam pekerjaan.. jadi bila ada kakak sebelah rumah ajak aku gi ke satu taklimat MLM ni, aku ikut je. Sanggup tinggalkan anak, suami jaga kat umah semata- mata nak dengan taklimat  group yang berjaya dalam MLM ni.. MLM ni memang terkenal dengan produk perhiasan emas tiruan wanita.

Hasil dari taklimat tu, aku memang berkobar- kobar nak buat sebab tengok semua front leader tu memang mewah gila-gila la. sehingga aku sanggup jual gelang emas 916 aku untukditukarkan kepada nilai set permulaan agen. masa tu dapatla tukaran dgn nilai 1800.00 bodoh betul aku masa tu. bila di fikir semula.. memang tu la tindakan yang paling bodoh yang pernah aku buat. dipendekkan cerita.. aku gagal dalam pelaburan aku dalam MLM ni. Memang bukan life aku utk jadi penjual stail tu. semua custermer aku ketika tu terdiri drpd keluarga, jadi ramai lah berhutang je. dan sampai sekarang, dah 11 tahun perkara ni berlalu masih ada lagi yang x abis bayar. jawapannye.. halalkan aje... ha.. nila pengalaman buruk aku dalam MLM yang pertama aku ceburi.
Sejak dari perkara ni berlaku maka, aku sangatlah alergik dgn mana-mana MLM, termasuklah husband aku. 

Pada tahun 2010, aku pernah dipelawa oleh rakan sejawat aku, untuk joint ecosway. masa tu, ecosway dengan skim untuk stokis ecosway biasa. tak sempat pun aku g taklimat skim ni.. husband aku dah tentang sehebatnya.. sebab taatkan suami (hihihi) aku ikut je la.. nanti suami tak redha lagi tak berjayakan...

Pada Bulan April 2012. tetiba terbuka topik perbualan dengan kawan-kawan mengenai " bila nak jadi kaya". Masa tu aku adalah duit sikit. tapi tak tau mcm mana nak jadikan ia berganda-ganda.  Terlintas dalam pemikiran aku nak joint ecosway seperti yang aku dgr ramai yang dah berjaya. cuma masa tu aku tak tau siapa yang boleh bimbing ke arah kejayaan tu. Tak sangka plak... persoalan tu di sambut baik oleh seorang rakan aku. Mr.ajak. Rupanya mr. ajak ni dah pun gi taklimat tu. dan die bagitau ecosway ada skim baru. iaitu cosway farmasi. waoo.. macam orang mengantuk dihulurkan bantal. Maka bermulalah disitu langkah pertama pengenalan aku dengan dunia cosway. memang tepat pada masanya. start dari situ, aku dan mr.ajak bersama-sama daftar menjadi bussines owner (B.O) ecosway pada bln 6. sebab die yang kenalkan aku dengan dunia cosway ni.. maka aku redha lah die upline aku.. hihi.

Walau pun kami rakan sepejabat. kami tetap rahsiakan pakatan niaga kami ni diketahui oleh rakan pejabat lain. Apa yang aku rasa seronok sebab aku dan mr.ajak dan seorang lagi downline die ni mr.am... memang bersatu bergerak bersama-sama mengembangkan sayap perniagaan kami tanpa rasa strees.. selama 2 bulan kami berhempas-pulas mengejar apa yang disasarkan.. iaitu dalam tempoh 4-6 bulan dari tarikh daftar B.O dapat kedai masing-masing.

Alhamdulillah.. selepas menghadiri beberapa kelas yang dianjurkan di centre putrajaya bawah pimpinan Pn. Faizati , kami memang bersungguh-sungguh membuat seperti yang telah diajar kepada kami. Kata orang kalau nak berjaya,  bergaullah dengan orang berjaya, dan ikut saranan orang berjaya. itu kata-kata semangat yang aku pegang. Petua untuk MLM pula, cari lah leader yang betul dan yang mudah membantu sekiranya downline ada masalah.   jadi begitu la, kisah aku bagaimana aku mengenali ecosway. jumpa next  topic... tatat tiiti tututu

Peluang menjadi pemilik kedai eCosway Farmasi dengan percuma

Perniagaan Francais dikategorikan sebagai perniagaan sendiri, iaitu kita sebagai Francaisi dan pemberi hak francais itu pula ialah Francaisor. Perniagaan Francais adalah perniagaan yang memerlukan modal yang besar lebih kurang RM200 ribu ke RM2.5 juta sebagai permulaan. Biarpun Perniagaan francais sememangnya memerlukan modal yang banyak, namun keuntungan yang akan diperolehi juga adalah berganda walaupun pulangan modal mengambil masa yang lama sehingga menjangkau bertahun-tahun. Namun begitu tidak semua orang mampu untuk memiliki peluang berniaga dengan modal yang agak besar tersebut memandangkan status kewangan serta syarat-syarat bank yang agak ketat dalam memberikan pinjaman untuk memulakan perniagaan tersebut.

Perniagaan francais sememangnya mendatangkan keuntungan dari segi kewangan. Diantara perniagaan francais yang kita tahu adalah KFC, McDonalds, Stesen Minyak Shell, Petronas,7Eleven dan sebagainya.Walaupun kekurangan ketiadaan modal yang mencukupi namun masih ada juga prospek yang ingin melakukan perniagaan francais kerana mereka yakin kepada diri mereka dan latar belakang perniagaan yang akan mereka ceburi. Oleh kerana itu, Kami telah menjalinkan kerjasama dengan Cosway untuk memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk menceburkan diri di dalam projek ini. Kami merupakan syarikat yang dilantik dan mendapat pengiktirafan dari ecosway untuk mencari bakal-bakal stokist baru yang berkelayakan terutamanya Bumiputra. Jika anda memohon untuk membuka Stokist melalui kami, kami akan sedaya upaya menolong anda dengan menyediakan contoh proposal yang terbaik dan bantuan-bantuan lain demi memastikan anda berjaya membuka stokist impian anda. Kerjasama dua hala ini memastikan keuntungan sama rata antara kedua-dua belah pihak (anda dan Kami)
eCosway telah membuka peluang Projek Francais Tanpa Modal Dan Risiko kepada semua rakyat Malaysia untuk memulakan perniagaan bersama mereka dan berganding bahu bersama-sama demi mencapai kesejahteraan hidup dan matlamat menguasai dunia francais MLM dengan penubuhan stokist-stokist baru di seluruh Malaysia dan serata kawasan. Cosway adalah syarikat under Berjaya Berhad dan Berjaya menyuntik modal sebanyak 500 juta kepada cosway untuk menjalankan projek ini. Peluang keemasan oleh eCosway ini perlulah direbut segera kerana eCosway sedang mengejar target mereka untuk memenuhi kuota Bumiputra yang diarahkan kerana jika tak cukup target lesen mereka akan ditarik balik. Pelancaran projek Fasa 1 ini telah bermula, sebanyak 1000 buah outlet ecosway farmasi akan di buka di seluruh Malaysia. Apa yang menariknya projek ini, peniaga tidak perlu mengeluarkan modal sama sekali dan semua kelengkapan kedai serta stok adalah tanggungan pihak eCosway. Setiap stokist yang boleh dibuka pula mestilah dalam jarak lingkungan 1 km dengan stokis yang lain. Projek francais eCosway menyediakan semua kemudahan tersebut termasuklah :

1. Sewa secara PERCUMA.
2. Renovasi secara PERCUMA.
3. Infrastruktur PERCUMA. ( TV Plasma, DVD Player, Aircondition, pemasangan CCTV dan semua  
    kelengkapan kedai ).
4. Stok bernilai RM300,000-RM500,000 PERCUMA.
5. Bil Elektrik PERCUMA.
6. Promosi syarikat PERCUMA.

Ciri-ciri stokis eCosway1.Produk melebihi 5000 jenis.

2.Cosway akan memperkenalkan produk baru setiap bulan.

3.Katalog promosi bulanan akan dihantar ke setiap ahli.

4.Perniagaan barangan harian rumah yang mengundang ulang belian tinggi.


Barangan jualan di Sale Centre Cosway.
1.Barangan rumahtangga-pencuci lantai,sabun,pencuci pinggan mangkuk, pembersih sayur, ikan dan lain-lain
   lagi

2.Perkakasan dapur-peralatan memotong makanan,pencincang,pengupas bawang dan lain-lain.

3.Produk kosmetik dan jagaan kulit/rambut :- bedak,krim,losyen,pencuci muka,dye rambut dan lain-lain.

4.Produk kenderaan :- cecair penjimatan minyak dsb.

5.Barangan makanan harian :-biskut,roti,kek dsb.

6.Barangan elektik :- mesin kacang soya,sandwich maker,blender dsb.

7.Keperluan peribadi :- tuala wanita,pencukur,bra dsb.

8.Supplemen kesihatan :- jamu,pil-pil vitamin,energy pendant dsb.

9.Dan banyak lagi.


Pendapatan stokist:
Pendapatan 1Pendapatan dari Plan eCosway ini adalah komisyen 10% (5% jika kedai dalam hypermarket-sebab sewa bulanan tinggi dan keuntungan besar) dari keseluruhan jualan bulanan produk di kedai tersebut..jadi sesiapa yang membuka sales centre mereka sendiri maka automatik 10% daripada sales produk dia akan dapat..contoh sebulan kedai dia dapat RM100,000 x 10% maka total bersih dia dapat RM10,000.Tak perlu bayar sewa, bil elektrik, air serta renovation lagi..sebab tu semua cosway yang tanggung.

Pendapatan 2 Dari network Income contohnya ahli yang mendaftar di bawah kita.. kalau mereka nak beli barang secara diskaun dan mendapat kupon redemption (penebusan) mesti menjadi ahli VIP Shopper supaya mendapat semua kelebihan tersebut. jadinya bila kedai kita sendiri dah buka nanti, setiap keahlian dan pembelian melalui orang bawah pun kita masih menikmati komisyen tersebut. Begitu juga dengan mereka yang memohon untuk membuka stokis melalui anda. jika permohonan mereka berjaya,anda yang akan mendapat komisyen. (Branch Override)

Pendapatan 3Melalui pendaftaran Umobile. Sekarang ni Umobile merupakan salah satu anak syarikat di bawah Berjaya Berhad..so sesiapa yang ahli ecosway automatik akan menggunakan talian Umobile 018 secara percuma ke no 018 yg lain..setakat ini mereka akan melebarkan rangkaian mereka di seluruh Malaysia dan masih lagi dalam proses untuk sampai ke Sabah dan Sarawak...setiap kali kita bawa masuk ahli daftar untuk ecosway Umobile dan stokis pun proses..so setiap kali proses pendaftaran akan dapat komisyen RM 60/100..jika di stokis KL...pendapatan dari pendaftaran Umobile sahaja hampir RM18,000 setiap bulan untuk stokis.

Pendapatan 4Sales Target Achievement.. ni kalau kita capai sasaran sales untuk bulanan tersebut maka akan dapat la bonus ni...jika tak dapat sasaran pun tak ada apa-apa masalah..cuma tak dapat la bonus bagi bulan tersebut.

Pendapatan 5
Melalui pemprosesan keahlian eCosway, setiap stokis layak untuk mendapat 4% dari nilai pendaftaran tersebut jika ahli tersebut menggunakan cash...2% jika ahli menggunakan kad kredit.

Pendapatan 6
Pendaftaran eCosway Ambank Kredit kad serta Debit kad..setiap pendaftaran akan diberikan RM50 untuk proses..jika layak atau tidak itu adalah kuasa bank yang terlibat..jadi..jika kita usul sahaja permohonan tersebut automatik kita akan dapat komisyen dari proses borang tersebut. Bukannya dah approve baru kita dapat komisyen. Setiap ahli yang gunakan kad tesebut..setiap kali swap...kita akan dapat eV iaitu dalam bentuk bonus dan duit...so jika ramai downline kita yang guna kad kredit lagi banyak la eV yang kita kumpulkan..antara lain kegunaan untuk shopping serta beli tiket kapal terbang.

Pendapatan 7
Cabutan wang tunai untuk kedai bertuah yang terpilih-hadiahnya RM 10k

Pendapatan 8
Melalui jualan secara manual melalui katalog kepada jiran-jiran atau kawan.


Sekiranya mahukan penerangan lebih lanjut, sila hubungi saya AZLINA 0124167760